nuffnang

Tuesday, August 23, 2011

SME Internship Program 2011

Assalamualaikum.
hi guys, today i think i would like to post in english.. just wanna to see how much my english level.. so if anything that seems wrong or something like that.just ignore that. because i'am still new :-)
Back to the topic, SME Internship Program is a program that i enter during this fasting month for 2 weeks and will continue maybe for 3 month. This program is under CESMED (Center for Entrepreneurship and SMEs Development) and collaborating with SME Corp. SMEs Corp. is government agencies which are develop to spur the small and medium enterprise among Malaysian. SME Corp. also provide infrastructure facilities, financial assistant advisory service and so on. Since this program is start during holiday and fasting month so there only 8 people in this program but we are looking for 25 undergraduates student. Basically, for the first 2 week we will give lecture how to manage the company, after that it will hands-on. For now the company that listed is Kaseh Bakeri, mumsDreams boutique, Senera Boutique and Nursery. All are located around Bangi and Kajang.





We will act like a consultant in the company that assign. So this program is great to student who will later on will work with company since it teach you how to manage the financial, human resources, marketing and so on. Even my course is speech therapist and this program is totally different from my course, but this is value added to me. Beside it also enhance entrepreneurship in student. The company that we will assign usually micro and small company which is EKS (Entreprise Kecil dan Sederhana). Normally this company lack of financial record, expertise, marketing and so on since it usually own by one owner or family business. So they may lack of knowledge about accounting, marketing and branding. Next, EKS usually face a problem when they want to make loan from the bank because they did not make account for their company. When we start our practical, we may need to analyze their company, their potential, branding and after that we will give advise what they may do to optimum their company potential. It is not necessary for them to do what we ask. Well we are just student. But this program is not test and error. So before we propose something we have great lecturer at Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM that will assist us during the program. Last but not least, whoever want to start a new business and want business advice, the SME Corp. is a right place for you to find out how to manage well in your company. I hope that  later on our EKS will able to reach global market so that lots of our product that tag "Made in Malaysia" is well known among the world like what happen in product of china today...thanksss...


Saturday, August 20, 2011

The Business Model

Assalamualaikum..
walaupun aku nie bukan la orang ekonomi or x balaja ape2 pun mengenai ekonomi, tapi just nak share apekah yang dimaksudkan dengan Business Model...
ramai orang dalam dunia ini ingin menjadi usahawan tapi tidak tahu cara yang sebetulnya.. semua main pakai hentam jerkk.. kebanyakan orang x mulakan perniagaan kerana alasannye ialah tiada modal. tapi sebenarnye ilmu itu lebih penting dari modal.buat ape modal berjuta2 tapi ilmu x de.. alamtnye x sampai sebulan da bungkus..huhu..
 so back to the topic, gambar bawah ni menunjukkan business model yang dihasilkan oleh Alexender Osterwalder:

Terdapat 9 block dalam business model tersebut antaranya ialah:

1. Customer segment

  • customet segment menunjukkan bahawa skop pelanggan kita dalam satu business. Contohnya: syarikat Nike adalah untuk orang yang bersukan, company Annakku adalah untuk bayi dan kanak2 kecil.
2. Value proposition
  • Value proposition ialah barang atau servis yang kita jual kepada pelanggan.. contohnya company apple menjual barang gadjet2 dan KFC menjual makanan kepada pelanggannya.. Untuk KFC kita boleh kecilkan lagi skopnya iaitu menjual ayam goreng.
3. Channel
  • Channel ialah bagaimana sesuatu barang itu dapat diketahui oleh pelanggan dan bagaimana pelanggan mendapatkan barang tersebut. Contohnya "brick and mortar" iaitu pelanggan pergi ke kedai dan membelinya. yang ke-2 ialah "brick and click" iaitu pelanggan membeli melalui online. Peniaga juga perlu memikirkan bagaimana untuk menghantar produk mereka kepada pelanggan. Selalunya menggunakan perkhidmatan courier seperti Pos.
4.Customer Relationship
  • Customer relationship ialah bagaimana syarikat itu mengekalkan hubungan mereka dengan pelanggan. Contohnya Jusco dan Sogo memperkenalkan kad ahli dimana pelanggan tersebut dapat mengumpul mata dan boleh ditebus kepada barangan lain. 
5.Revenue Stream
  • Revenue Stream ialah keuntungan hasil daripada jualan produk kepada pelanggan, contohnya yuran, bayaran untuk sesuatu servis dan hasil jualan produk.
6. Key resources
  • Setiap perniagaan key resources adalah amat penting kerana key resources menjamin kelangsungan value proposition dan customer segment serta menghasilkan keuntungan. Manusia,wang, fizikal dan inteligent boleh menjadi Key resources. Contohnya software developer memerlukan manusia yang pakar dalam menghasilkan software.
7. Key activities
  • Key activities penting kepada perniagaan kerana key activities yang menggerakkan sesuatu perniagaan itu. Contohnya: pembekal PC seperti Dell perlu ada pengurusan penghantaran barangan yang berterusan dan syarikat konsultasi membekalkan penyelasaian masalah.
8. Key partnership
  • Key partnership ialah menunjukkan kerjasama diantara suatu sama lain diantara sesuatu perniagaan dan perniagaan lain. Contohnya iPod dan iTunes. 
9. Cost structure
  • Cost structure ialah semua kos yang perlu ditanggung oleh sesuatu syarikat untuk menjalankan perniagaan. Contohnya bayar gaji pekerja, penghantaran, utilities dan lain2.
So, selepas ini lakarlah business model anda sendiri dan lihatlah bagaimana syarikat anda beroperasi. di mana ada kekurangan tu perlulah diperbetulkan dengan segera supaya nanti x de la da nak muflis baru kita kenal perniagaan jenis apakah yang kita lakukan.. Sekian, wasalam..

Source: Business Model Generation by Alexnder Osterwalder :-)
p/s: gunakan sticky note dalam jadual supaya idea sentiasa bergerak dan dapat improve your performance company.

Wednesday, July 20, 2011

Sistem UPU masih releven

Assalamualaikum..
setelah hampir sebulan tidak menaip, hari ni neuron-neuron ku tercetus semula untuk menggerakkan carpals, metacarpals dan phalanges semula setelah membaca mengenai isu sistem pengambilan pelajar tanpa melalui sistem UPU ini. Isu ini timbul apabila UM bercadang untuk meminta kepada kementerian tinggi pelajaran agar pengambilan pelajar ke UM diambil terus tanpa melalui sistem UPU. Selain itu UPM juga bercadang untuk mengambil langkah yang sama. Sebenarnya pengambilan secara terus ini telah dijalankan oleh USM sejak mendapat taraf universiti APEX. Jadi UM ingin mengambil langkah tersebut supaya dapat memilih pelajar yang betul-betul layak sahaja diterima masuk ke UM. Sistem UPU ini diwujudkan untuk memudahkan pelajar memohon ke universiti dengan menggunakan satu borang sahaja. Walaupun pada masa kini hanya satu universiti sahaja yang mengambil pelajar secara terus, tetapi perkara ini sudah cukup membebankan pelajar. Contohnya: sebelum memasuki UKM, aku telah memohon USM dan telah melalui sistem peperiksaan dan bla.bla.bla.... lepas tu dapatla tawaran ke USM. tapi dengan beraninya aku menolok tawaran tersebut..hehe. sementara dalam proses menunggu untuk mendapatkan keputusan USM tersebut, kita terpaksa melalui pelbagai peringkat hanya untuk memasuki satu universiti. Bagaimana pula kalau semua universiti di Malaysia ini menjalankan sistem tersebut??? boleh pening kepala nak buat test banyak-banyak. Mungkin bagi sesetengah pelajar yang memang superb dalam akademik boleh target ke mana universiti yang dikehendakinya, tetapi bagaimana pula kalau universiti yang dikehendakinya itu x dpt? bagaimana pula dengan pelajar yang "biasa-biasa"? tentu namanya ditendang sana sini dan nasibnya tiada siapa tahu. Sekiranya melalui sistem UPU, pelajar yang namanya tidak dapat dalam kursus yang dipilihnya mungkin akan diberi kursus yang lain oleh KPT kerana mereka tahu pelajar ini tidak mendapat tempat di mana-mana universiti. Selain itu, jika universiti menjalankan sistem pengambilan secara terus ini, mungkin berlaku pertindihan nama pelajar. 1 pelajar 10 universiti dapat.. da macam swasta pulak. sekiranya pihak universiti menjalankan sistem pengambilan secara terus ini juga, ianya akan melambatkan pihak UPU untuk menempatkan pelajar di universiti-universiti yang lain. Bayangkan, UPU perlu menunggu sesetengah universiti untuk mengambil pelajar yang dikehendakinya, dan bakinya barulah diambil oleh UPU untuk diagihkan ke universiti-universiti yang lain. Akhir sekali, sekiranya universiti-universiti tersebut mengambil pelajar secara terus, yang tinggal adalah pelajar yang "biasa-biasa" sahaja, dan akhirnya pelajar yang "biasa-biasa" ini pun ditempatkan di universiti yang baru nak memecut dari segi akademiknya. Kesimpulannya universiti-universiti yang baru dilahirkan ini akhirnya hanya mampu merangkak kerana tiada  yang mampu berdiri dan berlari. Buat masa ini kerajaan masih tidak membenarkan universiti lain selain USM mengambil pelajar secara terus tetapi bagaimana pula dengan esok??.Sekian, wassalam

p/s: apa pendapat korang pasal sistem UPU ni??

Wednesday, June 15, 2011

Pesawat Lutsinar

Ilustrasi pelukis pesawat Airbus masa hadapan

Assalamualaikum..
Ape korang rase kalo dapat duduk dalam pesawat yang lutsinar??
mesti cuak kalo tengok kilat sambar-menyambar kat langit, tapi kalau cuaca cerah sudah semestinye menyeronokkan.
Itulah pesawat yang bakal dikeluarkan oleh syarikat pengeluar pesawat iaitu Airbus.
Airbus bercadang untuk mengeluarkan pesawat yang mempunyai kabin lutsinar dan dijangka mula beroperasi sekitar tahun 2050..lamenyeeee
tapi itulah hakikat sebenarnya. 

Penumpang dapat melihat panorama dengan lebih jelas


Pesawat itu juga akan dilengkapi dengan permainan interaktif secara virtual contohnya golf 
bayangkan boleh bermain golf dalam kapal terbang ^-^
boleh main golf gitu

sudah semestinya perjalanan menjadi lebih menyeronokkan dan x de la sampai kebas-kebas kaki sebab duduk lama sangat, permainan tersebut akan menggunakan kuasa yang dijana oleh haba penumpang itu sendiri.. Selain itu, kelas bisnes dan ekonomi juga tidak akan wujud dalam pesawat tersebut
bahagian hadapan digunakan untuk bersantai manakala bahagian belakang pula digunakan untuk membuat kerja serta sebuah bar lengkap untuk bersosial.
kerusi-kerusi yang kosong juga akan disimpan supaya penumpang dapat menggunakan ruang secara optimum.
Dinding pesawat itu akan menggunakan membran dinding kabin "pintar" untuk mengawal suhu serta boleh berubah mengikut pencahayaan.
macam da tengok wayang lak

Kabin konsep ini merupakan struktur bionik yang meniru kecekapan tulang burung.
^-^

p/s: pesawat kabin lutsinar ini hanyalah sebuah rekabentuk pesawat konsep masa hadapan, semoga Airbus berjaya menjadikannya sebagai realiti.....^-^




Tuesday, June 14, 2011

AloHA


Assalamualaikum..... :-)
Lepas tengok cerita attention please( Japan Drama) versi Honolulu version
membuatkan aku sedar erti kata sebenar ALOHA
Aloha bukan sahaja digunakan untuk memberi salam oleh penduduk Hawaii
malah ia mempunyai maksud yang lebih mendalam lagi.
perkataan ALOHA sebenarnye membawa maksud cara hidup yang sebenar atau 
"The Aloha Spirit" atau "The Way Of Aloha"

Aloha merangkumi segalanya dan semuanya merangkumi dalam diri kita ini
apabila terdapat kesakitan, kita juga merasa kesakitan,
jika terdapat kegembiraan kita juga merasai kegembiraan
menghormati penciptaan illahi adalah tanggungjawab kita semua
bumi, langit dan laut adalah tanggungjawab kita untuk melindungi dan menghargainya
itulah semangat Aloha

setiap huruf pada ALOHA membawa maksudnya yang tersendiri
A= ala, memerhati, berwaspada
L= Lokahi, bersatu-padu
O= oia'i'o, jujur
H=ha'aha'a, lemah-lembut
A= ahonui, sabar

Kahuna David Bray mentafsir Aloha sebagai
"Come forward, be in unity and harmony with your real self, God, and mankind. Be honest, truthful, patient, kind to all life forms, and humble." He also stated that to the Hawaiian of old, Aloha meant "God in us."

selain itu Aloha juga membawa maksud "Joyfully sharing life" yang membawa maksud kegembiraan perlu dikongsi bersama....

so lepas nie kalo korang sebut Aloha ingatlah maksud yang tersirat dalam aloha itu sendiri kerana apabila kita berpegang kepada prinsip aloha itu inshallah semua orang akan menyenangi kita...
sekian...salam.




Friday, June 10, 2011

Kelebihan Timun


salam sebagai pembuka kata.. 
timun ni sebenarnye mempunyai khasiatnye yang tersendiri.
khasiat timun di mata

tu la sebabnye ramai orang kalau x makan timun pun dia letak atas mata.
coz dalam timun terdapat phytochemical yang menyebabkan kolegen dalam kulit untuk menegang.
lepas tu korang perasan x kalo makan sate mesti ade timun
ini sume kerana timun merupakan antioksiden yang terbaik sekali.
so memandangkan kite da telan banyak karbon untuk bakor-bakor sate tu
so kena la amek antioksiden supaya karbon yang ade kat sate tu x merbahayakan diri kite.
so aku tabek la sape yang buat resipi lepas makan kene ade timun
org dulu2 pun da tau kelebihannya. 
timun juga boleh digunakan sebagai penyegar mulut
coz dalam timun terdapat phytochemical yang membantu membunuh bakteria 
yang menyebabkan bau mulut
selain itu, timun juga boleh digunakan untuk mengilatkan kasut 
bahan-bahan kimia dalam timun akan membuatkan kasut lebih bersinar
kalau nak bersihkan cermin juga boleh menggunakan timun..
gosok je

Saturday, June 4, 2011

Our First Oreo Cheese Cake!!


Oreo Cheese Cake.. agak lembik

Memandangkan da x de keje kat umah
ni la kejenye..
buat kek..haha
this is my first time buat kek
namenye oreo cheese cake..
agak lembik x tau la knape..
anyone knows??
resipi nye camni la yek
Tatura Cheese 250g

whipping cream 200 ml

Oreo 3 bungkus
*susu segar 5 sudu
*gula 5 sudu
*mentega 3 sudu
* gelatine- Janama NUR 1 sudu besar + air panas

Cara-cara
1. 2 Bungkus oreo asingkan cream, pastu blend
2. campur mentega then mampatkan dalam loyang
3. masukkan dalam peti ais
4. Campurkan cream cheese, whipping cream, susu segar, n gula dalam bekas lain.
5. kacau sampai sebati
6.masukkan gelatin (da campur air panas)
7. oreo 1 bungkus lagi tu patah dua then gaulkan dalam adunan
8. tuang dalam loyang. masukkan dalam peti ais 

itu sahaja buat hari ini..
sekalung penghargaan diberikan kepada
 kak sarah yg bagi resipi.
main sponsors ayah & ibu
n cake maker my siblings...